|
Bahasa: EN | 中文 | BM |

Servis Kaki Prostetik/Kaki Tiruan



*Identiti pesakit-pesakit kami di sini ditutup untuk tujuan privasi 
 

Servis Kaki Prostetik / Tiruan
 
Kaki Prostetik / Tiruan Transtibial ataupun Transfemoral adalah anggota palsu yang menggantikan kaki hilang di bawah atau atas lutut. Pesakit boleh bermula membuat pemasangan untuk kaki prostetik / tiruan selepas luka dari pembedahan sudah sembuh dengan sepenuhnya supaya boleh berjalan semula.



Proses Membuat Kaki Prostetik / Tiruan

Permulaan pengembara anda:

Langkah 1 : Telefon kami dan menempah masa bertemu di pusat kami untuk membuat penilaian kaki anda (Whatsapp / Telefon 012-323 3037)

Langkah 2 : Juruteknik akan membuat penilaian atas kaki anda dan mengesyorkan jenis kaki yang paling sesuai untuk keadaan anda.

Langkah 3 : Kaki yang paling sesuai telah dipilih, sekarang juruteknik akan mengambil ukruan pada kaki anda kerana setiap kaki tiruan adalah unik.

Langkah 4 : Ukuran telah diambil, baiklah kita teruskan dengan mengbuat acuan kaki anda kerana seperti yang dikatakan, kaki anda adalah istimewa dan unik.

Langkah 5 : Tahniah! Proses pertama bagi membuat kaki tiruan anda telah selesai. Sekarang juru-juru teknik kami akan bekerja keras untuk memastikan anda mampu berjalan seperti biasa.

Seterusnya Pemasangan:

Langkah 6 : Baiklah pembinaan kaki baru anda telah siap dan kami akan menelefon anda untuk juruteknik kami membuat pemasangan ataupun "fitting".

Langkah 7 : Semasa membuat pemasangan kaki baru anda, juruteknik akan menyoal tahap keselesaan anda samada ketat atau longgar, seumpananya membeli kasut baru di kedai kasut. Jika didapati ada kelonggaran atau keketatan, juruteknik akan membuat sikit modifikasi. Kami akan bersama anda sehingga anda rasa yakin dan selesa memakai kaki baru anda.

Langkah 8 : Apabila anda rasa selesa dan yakin memakai serta berjalan dengan kaki baru anda, juruteknik akan membalutkan kaki tiruan anda dengan pembalut kosmetic kalis air serta mengukir bentuknya agar ia serupa betis sebenar.

Langkah Terakhir : Tahniah! Pengembaraan membuat kaki baru anda telah berakhir! Sekarang bermulanya kehidupan baru anda dengan kaki baru anda. Ingat untuk mengikut nasihat juruteknik kami bagaimana memasang, dan menjaga kaki tiruan agar ia bersih dan senang dipakai.

Akhirnya   : Kami akan terus bersama anda selepas proses ini, dan anda dialu-alukan untuk kembali membuat modifikasi ataupun bersembang dengan mana-mana juruteknik kami, walaupun hanya untuk melepak di pusat kami!
 

Mengambil ukuran dan acuan kaki anda


Membakar bahan polypropylene bagi menangkap rekabentuk acuan
 

Mengeluarkan kapur acuan serta membersihkan sebelum komponen komponen kaki tiruan dipasangkan
 

Kaki Prostetik Bawah Lutut yang siap
 

*Gambar-gambar yang dipamerkan hanyalah ringkasan untuk membantu pemahaman anda dalam proses pembinaan kaki tiruan.

**Sila hubungi seorang pakar untuk sebarang pertanyaan.